Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri jati diri rakyat Malaysia akan dapat diserlahkan melalui penggunaan dan penghayatan bahasa Melayu atas semangat 1Bahasa, 1Malaysia oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama untuk semua. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
| Pertandingan Pidato Bahasa Melayu |
|
|
|
| Saturday, 06 March 2010 09:22 |
|
Baru-baru ini satu pertandingan pidato dalam Bahasa Melayu telah diadakan pada 2-5 Mac 2010. Menarik sekali melihat para peserta yang berbilang bangsa dan dari pelbagai negara mencuba kemampuan mereka bersaing untuk berpidato dalam Bahasa Melayu. Note: You can translate this article to your native language through the translate button at the bottom left of the tool bar which is located at the bottom of your browser. If you have problems understanding the translated page, as the translation is not very accurate please let us know.
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri merupakan suatu usaha memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke arena antarabangsa.
Bahasa Melayu telah diketahui sebagai bahasa kelima terbesar di dunia dan ianya amat penting kepada kepesatan tamadun manusia dan boleh digunakan untuk komunikasi dan pengantar.
Pertandingan ini telah disertai oleh peserta dari pelbagai negara dan membuktikan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia. Ia juga diterima sebagai subjek pilihan di beberapa pusat pengajian tinggi ternama dunia. Bahasa Melayu sememangnya wajar dipelajari kerana ia pernah menjadi sebuah bahasa "lingua franca" dan ianya mampu menyumbang terhadap pembentukan peradaban.
Sekiranya anda berminat untuk menguji kemampuan anda berpidato dalam Bahasa Melayu, sila lawati laman web rasmi pertandingan tersebut.
More info:http://www.pabm.com.my/
|
| Last Updated on Saturday, 06 March 2010 09:48 |








Comments
RSS feed for comments to this post.